KREATIVITI DALAM PENGAJARAN
Ciri guru yang kreatif:
1)Informed
(bermaklumat dan kemas kini)Guru yang bermaklumat adalah guru yang sentiasa mencarimaklumat dalam bentuk fakta-fakta terkini, sentiasa melayariinternet bagi mendapatkan idea-idea pedagogi semasa sepertidalam pendekatan generik contohnya pengajaran masteri,kontekstual, konstruktisme, pembelajaran akses kendiri danpembelajaran masa depan. Guru sentiasa dapat menyesuaikanpengajaran mereka dengan kehendak pelajar yang mempunyaikepelbagaian kecerdasan. Guru kreatif juga mampu menghasilkanpenggunaan modul-modul pengajaran yang terkini serta mampumembina modul pengajaran selaras dengan kemampuan dan tahappencapaian pelajar.Seterusnya, guru yang bermaklumat dan kemas kini sentiasa
onestep head
dalam menguasai teknologi ICT terkini
2) Energetic
(bertenaga dan positif)Guru-guru kreatif adalah sentiasa bertenaga dan bersikappositif. Bertenaga dalam konteks fizikal ialah sentiasa cergas dalamtindakan, pergerakan dan berfikir dan sentiasa menjaga kesihatanpada tahap cemerlang, tidak kenal erti jemu dan sentiasa berfikiranpositif, inovatif dan proaktif,. Bertenaga dalam konteks pedagogiadalah penyampaian dan pengkaedahan pengajaran. Guru kreatif sentiasa menggunakan modul-modul terkini dan mempunyaikepelbagaian yang dapat menarik minat serta meningkatkan tahappencapaian semua pelajar mereka pada standard yang telahditetapkan.Guru kreatif sentiasa mengutamakan pengajaran danpembelajaran berpusatkan kepada pelajar serta berasaskan kepadapembelajaran aktif dan meletakkan motivasi pelajarnya pada tahapyang tinggi. Pelajar-pelajar mereka sentiasa cergas dan proaktif serta ceria dalam melaksanakan segala tugasan secara
pembelajaran kolaboratif di samping menekankan penerapan nilainilai murni yang dapat membentuk sikap, mementingkankecemerlangan bersama-sama serta semangat setia kawan yangtinggi
3) Thoughtful
(penyayang dan berfikir)Guru yang kreatif sentiasa bersifat penyayang, merekamelihat pelajar-pelajar sebagai satu aset negara yang palingberharga yang perlu digilap dengan penuh rasa tanggungjawab danpenuh keyakinan supaya mereka dapat menjadi warganegara yangberjaya dan cemerlang dapat menyumbang kepada kemakmurandan kemajuan negara Guru yangbersifat penyayang akan berfungsisebagai pembimbing dan pemudah cara juga bertindak menjadipenasihat dalam menagani sebarang masalah pelajar dalampengajaran dan pembelajaran.Guru akan sentiasa berfikiran kritis dan kreatif untukmencanai dan merangsang pelajar-pelajar ini supaya berjayadengan menggunakan segala kebolehan dan kewibawaan gurudalam mengilap, mengadun serta meningkatkan potensi pelajar -pelajar ke tahap yang terbaik dalam menghasilkan pekerja-pekerjamahir yang cemerlang, syumul dan berketrampilan menetapi acuanyang dikehendaki.
PENGAJARAN YANG KREATIF MERANGKUMI:
1)Penggunaan ICT dalam pengajaran.
2)
Mengamalkan strategi pengajaran berpusatkan murid
3)
Menggunakan pelbagai bahan dalam pengajaran, tidak bergantunghanya kepada buku teks ( internet, majalah, buku rujukan dll)4)Mengamalkan teknik pengajaran yang pelbagai mengikutkesesuaian.
5)
Menggunakan ABM yang dapat menarik minat murid untukmeneruskan pembelajaran. ( bahan – bahan maujud, muzik, danwarna – warna untuk lebih menarik perhatian)
6)
Membawa murid keluar daripada kelas bagi matapelajaran yangbersesuaian bagi membolehkan murid mengalami sendiri apa yangdipelajari
No comments:
Post a Comment